VIENTIANE, 28 NOV – Laos telah melancarkan Pelan Tindakan Bandar Hijau untuk 2023-2030 di ibu kotanya, Vientiane, dengan sasaran menjadikan bandar tersebut sebagai persekitaran bandar yang mampan, tahan iklim dan mesra alam menjelang 2030.
Pelan tersebut memberi fokus kepada pengurangan pelepasan gas rumah kaca, peningkatan pengurusan sisa, pemeliharaan sumber, serta perlindungan biodiversiti untuk menangani cabaran seperti pencemaran udara yang semakin meningkat, kesesakan lalu lintas dan kerentanan terhadap perubahan iklim, lapor TV Nasional Laos hari ini.
Menjelang 2030, Vientiane berhasrat untuk menjadi sebuah bandar yang selamat didiami, saksama dan mesra alam, yang menyokong pertumbuhan ekonomi mampan, meningkatkan ketahanan iklim, serta memperbaiki kualiti hidup penduduknya.
Vientiane kini sedang mengalami pertumbuhan pesat, namun perkembangan ini membawa kepada pelbagai cabaran, termasuk peningkatan tahap sisa, kesesakan jalan raya, kemalangan, pencemaran, serta kerentanan yang lebih besar terhadap perubahan iklim. – Xinhua