Monday, October 7, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vietnam dilanda gelombang haba

    HANOI, 3 APRIL – Gelombang haba diramal melanda Vietnam dengan beberapa wilayah dijangka mengalami gelombang haba melampau hari ini.

    Menurut Pusat Ramalan Hidro-Meteorologi Kebangsaan (NCHMF), suhu di wilayah barat laut direkodkan sekitar 32-34 darjah Celsius.

    Di beberapa kawasan tertentu, hujan lebat dan ribut petir diramal melanda pada lewat petang dan malam.

    Sementara itu, wilayah timur laut dan Hanoi mengalami hujan, gerimis dan kabus pada awal pagi.

    Cuaca akan menjadi lebih panas sekitar tengah hari dengan suhu tertinggi mencecah 30 darjah Celsius, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

    Di wilayah tengah dan selatan pula dijangka akan mengalami cuaca panas dengan beberapa tempat merekodkan suhu melebihi 37 darjah Celsius. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda