Wednesday, September 25, 2024
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vietnam nasihat rakyatnya segera tinggalkan Lubnan

    HANOI, 24 SEPT – Kedutaan Vietnam di Mesir dan Lubnan kelmarin mengeluarkan nasihat perjalanan yang menggesa rakyatnya agar segera meninggalkan negara itu sementara penerbangan komersial masih beroperasi, susulan konflik yang semakin memuncak dan merebak di rantau berkenaan.

    Agensi berita Vietnam (VNA) melaporkan bahawa kedutaan turut menasihatkan rakyat Vietnam yang merancang untuk ke Timur Tengah supaya menangguhkan atau membatalkan perjalanan mereka sehingga keadaan kembali stabil.

    Bagi mereka yang tinggal dan bekerja di Lubnan, kedutaan menekankan bahawa jika mereka tidak dapat meninggalkan negara kerana halangan yang tidak dapat dielakkan, mereka perlu berwaspada, memantau media tempatan dengan teliti, mengelakkan perhimpunan dan menjauhi sempadan Lubnan-Israel, selatan Beirut, dan kawasan utara berhampiran sempadan Syria.

    Kedutaan juga menggesa rakyat Vietnam mencari perlindungan sementara di kawasan yang lebih selamat serta menyimpan bekalan makanan dan ubat-ubatan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya keadaan bertambah buruk. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda