HANOI, 15 MAC – Kerajaan Vietnam hari ini bersetuju untuk menyambung kembali dasar pengecualian visanya bagi rakyat dari 13 buah negara ketika Vietnam cuba membuka semula pelancongan antarabangsa selepas dua tahun penutupan.
Negara-negara berkenaan termasuk Jerman, Perancis Itali, Sepanyol, Britain, Rusia, Jepun, Korea Selatan, Denmark, Sweden, Norway, Finland dan Belarus, menurut satu resolusi bertarikh hari ini.
Rakyat negara-negara yang disebutkan itu akan boleh membuat perjalanan tanpa visa selama 15 hari ke Vietnam bermula tarikh kemasukan tanpa mengira jenis pasport dan tujuan kemasukan, dengan mematuhi semua syarat yang digariskan oleh undang-udang Vietnam.
Resolusi itu berkuat kuasa bagi tempoh tiga tahun sehingga 14 Mac 2025 dengan pembaharuan semula akan dinilai oleh pihak berkuasa berkaitan menurut undang-undang. – Xinhua