Wednesday, July 17, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Vietnam sasar pasaran halal

    HANOI, 17 JUN – Kementerian Perindustrian dan Perdagangan Vietnam komited untuk membangunkan rangka kerja perundangan yang menyokong kerjasama antarabangsa dalam membangunkan industri halalnya.

    Ini termasuk rundingan dan pemeteraian perjanjian perdagangan serta memudahkan perkongsian dengan organisasi dan pengedar di Indonesia, Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), lapor agensi berita Vietnam.

    Kementerian itu juga menggesa entiti berkaitan untuk meningkatkan pengedaran produk Vietnam yang disahkan halal bagi memenuhi keperluan pengeksport, sambil menggalakkan peningkatan pengeluaran dan keupayaan eksport.

    “Syarikat-syarikat Vietnam dinasihatkan supaya proaktif mendapatkan pensijilan Halal untuk pasaran yang sesuai, membangunkan produk yang mematuhi piawaian halal tertentu dan melabur dalam mempromosi jenama yang kukuh untuk menguasai bahagian pasaran (halal) yang menguntungkan,” menurut kementerian itu.

    Laporan Pusat Penyelidikan Pew meramalkan penduduk Islam mencecah 2.2 bilion menjelang 2030, membawa kepada peningkatan ketara dalam permintaan bagi produk halal.

    Pakar melihat peluang keemasan bagi Vietnam meneroka pasaran halal yang semakin berkembang pesat, didorong oleh peningkatan populasi Islam global, menurut laporan tersebut.

    Nguyen Tuan dari Pusat Penggalakan Perdagangan dan Pelaburan Bandaraya Ho Chi Minh berkata ekonomi halal global dijangka mencecah kira-kira AS$10 trilion menjelang 2027. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Nepal, India kerjasama cari mayat hilang tragedi bas hanyut

    KATHMANDU, 17 JULAI – Pihak berkuasa tempatan sedang berkerjasama dengan pegawai sempadan daerah India untuk mencari mayat dalam kemalangan Simaltal, di mana tanah runtuh...