Monday, March 31, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vietnam serbu kilang dadah terbesar, rampas 1.4 tan Ketamin

    HANOI, 27 MAC – Polis Vietnam telah merampas kilang dadah sintetik terbesar di negara itu, merampas 1.4 tan ketamin di bandar pelancongan pesisir, Nha Trang, menurut kerajaan itu.

    Operasi selama enam bulan untuk membongkar rangkaian dadah itu mencapai kemuncaknya pada Sabtu lepas, apabila 200 pegawai menyerbu tiga buah bangunan yang saling berkaitan di bandar selatan itu dan menahan 11 orang, termasuk seorang warga Taiwan yang didakwa sebagai angkara di sebalik operasi tersebut.

    “Ini merupakan kilang dadah sintetik terbesar yang pernah dibongkar di Vietnam,” kata Nguyen Van Vien, pengarah Jabatan Penyiasatan Jenayah berkaitan dadah, menurut kenyataan yang diterbitkan di portal berita rasmi kerajaan itu, kelmarin.

    Ia menampilkan “pengeluaran berskala besar yang luar biasa, dengan teknologi canggih,” katanya.

    Antara yang ditahan termasuk empat warga Vietnam, empat China dan tiga Taiwan, termasuk ketua sindiket yang didakwa, Chang Chun Ming yang berusia 51 tahun, yang telah dipantau polis sejak kedatangannya ke Vietnam pada Ogos lalu, bersama penghantaran besar tiub kaca, kata portal berita itu.

    Chang menyewa sebidang tanah seluas 1,300 meter persegi (14,000 kaki persegi) pada November di kawasan terpencil di Nha Trang, sebuah bandar yang popular dengan pelancong China, dan didakwa merekrut dua lagi warga Taiwan yang pakar dalam pengeluaran dadah.

    Aktiviti utama dijalankan pada waktu malam dan produk separuh siap kemudiannya dipindahkan ke kemudahan lain untuk proses pemurnian. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda