Monday, January 27, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Virgoun ingkar surat perjanjian

    Dunia hiburan Indonesia dikejutkan dengan kecurangan Virgoun yang dibongkar oleh isterinya Inara Rusli di Instagram miliknya.

    Inara atau Ina Idol Rusli mendakwa Virgoun curang dengan seorang wanita dikenali sebagai Austina Tenri Ajeng Anis yang sudah berlarutan sejak dua tahun lalu.

    Virgoun juga sempat menandatangani surat perjanjian yang mengakui semua perbuatan curangnya dan tidak akan lagi berhubungan dengan Austina selagi mereka masih bergelar suami isteri.

    “Dengan surat ini, saya mengaku bahawa saya Virgoun Teguh Putra, mengakui bahawa selama saya masih berkahwin dengan Ina Idol Rusli, adalah benar bahawa saya telah melakukan hubungan tidak bermoral seperti suami isteri yang dilarang oleh agama dan kerajaan dengan Austina Tenri Ajeng Anisa,” antara isi kandungan surat perjanjian berkenaan.

    Dalam pada itu, menerusi surat perjanjian itu, Virgoun juga akan bertanggungjawab untuk diadili mengikut hukum agama Islam sekiranya dia melanggar isi kandungan surat berkenaan.

    Malah penyanyi lagu Surat Cinta Untuk Starla itu akan menjatuhkan talak terhadap isterinya selain memberi nafkah sebanyak RM11,000 dan memberikan hak penjagaan tiga anak mereka kepada isterinya.

    “Mulai 27 September 2021, jika pada masa akan datang terbukti saya mengulangi perbuatan maksiat yang merosakkan maruah isteri dan keluarga, saya bersedia untuk diadili mengikut undang-undang syariah dan undang-undang Indonesia mengikut fasal 284 berkaitan zina dan menceraikan isteri saya.

    “Saya akan memberi nafkah sebanyak RM11,000 juta sebulan dan hak penjagaan tiga anak kami kepada isteri,” tulis isi kandungan surat tersebut. – Agensi

    Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda