BERLIN, 26 Feb – Volkswagen (VW) kembali mencatatkan keuntungan dalam tahun 2016 selepas mengalami kerugian tahun sebelumnya disebabkan skandal pengeluaran asap diesel, menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh pengeluar automobil Jerman itu Jumaat lalu.
Syarikat itu melaporkan keuntungan bersih yang dapat dianggap berpunca dari para pemegang saham Volkswagen AG sebanyak 5.1 bilion euro tahun lalu berbanding dengan kerugian bersih hampir 1.6 bilion euro pada tahun 2015.
Volkswagen mengakui pada September 2015 bahawa ia telah memasang perisian kawalan enjin dalam kenderaan diesel untuk mengesan apabila kereta itu diuji. Perisian itu mematikan kawalan pengeluaran wasap itu ketika pemanduan biasa untuk meningkatkan prestasi, tetapi juga membawa kepada pengeluaran wasap lebih 40 kali ganda had AS bagi nitrogen oksida bahan cemar.
Syarikat yang beribu pejabat di Wolfsburg telah menanggung kesan teruk dari penipuannya, dengan bersetuju membayar lebih AS$16 bilion dolar dalam pembelian balik dan ganti rugi kepada para pemilik kereta VW di AS sahaja. Tindakan undang-undang dan penyiasatan undang-undang di beberapa negara lain juga sedang dijalankan.
Ketua eksekutif Matthias Mueller mengatakan syarikat itu telah pulih.
“Sementara tahun fiskal lalu memperlihatkan cabaran besar bagi kami, di sebalik krisis itu, perniagaan operasi kumpulan itu telah memberikan prestasi paling terbaik dari sebelumnya,” kata Mueller. Jualan kumpulan VW melonjak 4 bilion euro kepada 217.3 bilion euro pada tahun 2016.
Syarikat itu berkata ia menjangka pertumbuhan sederhana dalam tahun 2017 di sebalik cabaran dari keadaan ekonomi sejagat yang tidak pasti, persaingan sengit, kadar matawang yang berubah-ubah dan kesan dari isu diesel.”
VW berkata lembaganya akan mencadangkan dividen 2 euro setiap saham biasa tahun ini, meningkat dari 0.11 euro dari tahun sebelumnya.
Secara berasingan VW mengumumkan kawalan ketat bonus eksekutif, satu isu yang telah membangkitkan keghairahan politik di Jerman ketika tahun pilihan raya. Syarikat itu berkata pembayaran tahunan bagi CEO akan pada masa hadapan pada 10 juta euro, manakala anggota lembaga eksekutif lain akan menerima maksimum 5.5 juta euro dalam setahun. – AP