Saturday, October 12, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wajah Fattah Amin dikatakan mirip Jungkook BTS

    Sejak kisah penceraian heboh diperkatakan di media sosial, nama pelakon Fattah Amin mula menjadi topik hangat dalam kalangan warganet.

    Terbaharu, wajah pelakon lem KL Special Force itu dikatakan seiras seperti penyanyi popular Korea Selatan iaitu Jungkook BTS.

    Menerusi perkongsian video yang tular di TikTok, peminat membandingkan wajah Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, dan Jungkook, sekali gus memperlihatkan persamaan paras rupa yang dimiliki mereka.

    “Tengok Fattah sekarang ini macam familiar, saya ingat saya seorang sahaja yang rasa Fattah macam Jungkook.

    “Selain mata dia, mulut pun sama macam Jungkook kalau buang misai itu. Ya dengan cara dia pun lebih kurang sama.

    “Dah perasan lama dah, tapi pendam sahaja takut orang kecam,” tulis warganet.

    Hasil semakan mStar, peminat sudah lama melihat persamaan wajah antara Fattah dan Jungkook namun selepas penceraian aktor berkenaan bersama isteri iaitu Fazura, perkara itu dibangkitkan semula di media sosial.

    Pada 7 Oktober lalu, Fattah melafazkan cerai terhadap Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam, Selangor. – Agensi

    Warganet berpendapat wajah Fattah seiras Jungkook. – KimchiDaily
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda