Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Waktu operasi BDCB dalam Fasa Awal Endemik

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 DIS – Pada menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai pengisytiharan Fasa Endemik Negara Brunei Darussalam di bawah Rangka Kerja Pelan Pemulihan Kebangsaan COVID-19 bermula 15 Disember, Bank Pusat Brunei Darussalam (BDCB) memaklumkan waktu operasinya.

    Menurut kenyataan BDCB di sini, waktu pejabat ialah Isnin hingga Khamis dari pukul 7:45 pagi hingga 12:15 tengah hari dan dari pukul 1:30 petang hingga 5:30 petang serta Jumaat dari 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 2:30 petang hingga 4:30 petang.

    Sementara itu, Mesin Deposit Wang Syiling BDCB beroperasi Isnin hingga Khamis dari 8 pagi hingga 11 pagi dan 2 petang hingga 4 petang serta Jumaat dari 8:30 pagi hingga 10 pagi sahaja.

    Bagi Galeri Mata Wang dan Gift Shop (melalui perjanjian sahaja), waktu operasi ialah Isnin hingga Khamis dari 8:30 pagi hingga 11:30 pagi dan 2 petang hingga 4:30 petang serta Jumaat dari pukul 8:30 pagi hingga 11 pagi sahaja di mana bagi membuat perjanjian orang ramai boleh menghubungi talian, 8372186.

    Sementara itu, Kaunter Perkhidmatan Biro Kredit, Isu Pengguna Kewangan & Baki Wang yang Tidak Dituntut (melalui perjanjian sahaja), beroperasi Isnin hingga Khamis dari 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 2 petang hingga 4:30 petang serta Jumaat dari 8:15 pagi hingga 11 pagi sahaja di mana bagi membuat perjanjian orang ramai boleh menghubungi talian 7372369.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda