RIYADH, 24 Jun – Wanita-wanita di Arab Saudi hari ini bergembira dapat memandu buat kali pertama dalam tempoh berdekad-dekad lamanya, apabila negara beraja itu membatalkan satu-satunya pengharaman di dunia ke atas pemandu-pemandu wanita, pembaharuan bersejarah yang dijangka akan membawa era baru pergerakan sosial.
Langkah itu adalah sebahagian usaha meluas Putera Mahkota Mohammed bin Salman untuk memodenkan negara minyak konservatif itu, namun ia bersamaan dengan tindakan besar-besaran ke atas aktivis wanita yang telah lama membantah tegahan memandu.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)