Tuesday, September 10, 2024
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga M’sia mengaku bersalah atas pelanggaran kastam

    Oleh Nour Maghfirah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OGOS – Majistret Syaffina binti Shahif kelmarin memerintahkan seorang warga Malaysia, Mohamad Shahril bin Osman, 31, untuk membayar denda $2,000 selepas mengaku bersalah atas pelanggaran kastam.

    Mohamad Shahril perlu menjalani hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda.

    Menurut pihak pendakwa raya kastam, kejadian berlaku pada 29 Julai lalu jam 7:09 malam di Pos Kawalan Kuala Lurah.

    Mohamad Shahril ditahan oleh pegawai pemeriksa di Pos Kawalan Kuala Lurah atas kesalahan menanggalkan dan memecahkan customs seals, satu kesalahan di bawah Peraturan 15 Peraturan-peraturan Transit Kastam 2006.

    Dua tilam terpakai dan dua customs seals yang didapati semasa kesalahan itu dirampas dan diarah dimusnahkan oleh kerajaan. Bagaimanapun, kenderaan yang terlibat dalam kejadian itu akan dikembalikan kepada pemiliknya.

    – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda