Wednesday, February 5, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warganet persoal penyertaan Zul Arifin dalam jemaah tabligh

    Sebelum ini pelakon Zul Ariffin pernah menjelaskan kepada umum bahawa dia tidak pernah menyertai jemaah tabligh sebaliknya hanya bergaul dengan golongan pendakwah.

    Justeru kata Zul atau Zulkifli Ariffin yang berusia 35 tahun itu, mana-mana pihak tidak seharusnya mengaitkan gaya hidupnya pada ketika ini dengan mana-mana pihak.

    Terbaharu pelakon filem Sangkar ini sering ditegur tentang penampilannya yang mendedahkan sebahagian auratnya menerusi perkongsian foto di media sosial.

    Namun kata Zul, dia berharap warganet tidak mengaitkan hal berkenaan dengan aktiviti keagamaan yang disertainya sebelum ini.

    “Saya tak pernah keluar kenyataan sertai tabligh. Saya hanya bergaul dengan pendakwah.

    “Kepada orang yang komen melampau dan jika awda boleh beri jaminan esok awda tak akan melakukan kesalahan sila beritahu, saya nak belajar.

    “Saya adalah selebriti, kritikan itu umpama ‘sarapan’ bagi saya. Saya akan hadapinya walau apa pun,” katanya kepada media.

    Zul berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) baru-baru ini. – Agensi

    Zul Ariffin dipersoalkan mengenai penyertaannya dalam jemaah tabligh namun penampilan berbeza menerusi perkongsian foto di media. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda