Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warganet ungkit video lama anak Nikita

    Anak kepada pelakon Nikita Mirzani iaitu Laura Meizani Mawardi sekali lagi menjadi bualan ramai gara-gara kelakuan tidak beradab ditunjukkan ke atas pembantu rumah, dedah mStar.

    Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @dandi_mwrdi, sewaktu Laura atau lebih dikenali sebagai Lolly masih bersama ibunya beberapa tahun lalu, dia dilihat berjalan bersama adik dan seorang pembantu rumah.

    Lolly yang duduk di kerusi penumpang kereta milik Nikita sedang menikmati snek dan ketika pembantu rumahnya meminta makanan tersebut, Lolly sempat menjilat makanan itu sebelum diberikan kepada wanita berkenaan.

    Anak kepada aktres berkenaan turut mentertawakan pembantunya itu yang reda menerima snek bekas jilatannya.

    Biarpun perkongsian video tersebut menunjukkan kemesraan Nikita dan Lolly sebelum berdepan kemelut keluarga, rata-rata warganet lebih fokus melihat adab yang ditunjukkan oleh anak perempuan aktres tersebut.

    Kata warganet, sikap yang ditunjukkan oleh Lolly itu menggambarkan karakternya yang sebenar dan tidak hairanlah sekiranya Nikita sering memberitahu anaknya suka membuat masalah.

    “Melihat sahaja video ini buat saya percaya kepada ibunya yang berkata Lolly memang suka buat masalah.

    “Biadapnya beri snek yang dijilat kepada pembantu rumah,” tulis warganet. – Agensi

    Kemelut antara Nikita (kanan) dan Lolly (kiri) terus menjadi sorotan warganet. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda