Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warna warni meriahkan suasana Aidilfitri

    Oleh Zanyra Dawoud

    Gambar dari Koleksi EMEL

     

    POSITIF, berwarna-warni dan sopan merupakan antara ciri yang diterapkan dalam kebanyakan koleksi fesyen di bawah jenama EMEL sempena Aidilfitri ini.

    Rekaan yang ditampilkan juga memperlihatkan keseimbangan di antara gaya moden dan juga turut mengekalkan beberapa unsur tradisi.

    Fabrik berkualiti terdiri daripada cotton menjadi keutamaan yang dipadankan bersama dengan lace.

    Kebanyakan baju kurung yang ditampilkan dalam koleksi terbaharu ini adalah pada gaya polos yang diceriakan dengan teknik colour-blocking iaitu padanan beberapa warna berbeza.

    Di samping itu, terdapat juga beberapa koleksi gaya kurung yang ditampilkan dengan corak bunga yang sangat menarik.

    Mix and match di antara baju dengan skirt juga turut ditampilkan di dalam koleksi gaya yang ditampilkan sempena Aidilfitri ini.

    Justeru, setentunya wanita yang menggayakan koleksi-koleksi terbaharu dari EMEL ini akan kelihatan sangat anggun, bergaya dan sangat elegan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda