Thursday, January 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wartawan didakwa siar temu bual pengganas

    MANDALAY, MYANMAR, 31 MAC – Seorang wartawan Myanmar menghadapi hukuman penjara seumur hidup kerana menyiarkan satu temu bual dengan kumpulan pemberontak yang beroperasi di negeri Rakhine seminggu selepas pemberontak dikelaskan sebagai pertubuhan pengganas.

    Kawasan barat itu telah lama menjadi kawasan konflik yang mudah meletus di antara tentera Myanmar dan Tentera Arakan (AA), kumpulan yang menuntut autonomi yang lebih untuk penduduk etnik Rakhine.

    Pertempuran telah membunuh ramai orang awam, beratus cedera dan kira-kira 150,000 kehilangan tempat tinggal sejak Januari tahun lalu, dan kedua-dua pihak saling menuduh di antara satu sama lain.

    Satu temu bual pada 27 Mac dengan wakil teratas AA yang disiarkan oleh Voice of Myanmar di Mandalay membawa kepada penahanan ketua editor Nay Myo Lin, yang dibawa ke mahkamah atas dakwaan keganasan hari ini.

    Temu bual tersebut disiarkan selepas kerajaan mengisytiharkan pada 23 Mac bahawa pemberontak telah dikelaskan sebagai ‘kumpulan pengganas.’

    “Saya dituduh di bawah dua dakwaan undang-undang cegah keganasan,” beritahunya kepada wartawan sebelum meninggalkan mahkamah di Mandalay. – AFP

    Ketua editor Voice of Myanmar Nay Myo Lin diiringi dari rumahnya oleh polis ke mahkamah di Mandalay kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda