Tuesday, August 27, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wawa Zainal artis pertama taja program nyanyian

    Pelakon dan usahawan Wawa Zainal sanggup mengeluarkan belanja jutaan ringgit sebagai penaja program Big Stage musim kelima (BS5) yang mula bersiaran pada malam Ahad.

    Kata Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 32, melabur dalam program hiburan sebegitu merupakan satu taruhan besar yang perlu dilakukan bagi menaikkan lagi jenama perniagaannya.

    “Orang mungkin ingat menjadi penaja ini akan popular, tetapi ada beban dan tanggungjawab besar perlu kami galas. Kos yang dikeluarkan juga bukan jumlah kecil. Jadi, ia ibarat satu pertaruhan berani daripada kami,” katanya.

    Tambah pengusaha jenama Wawa Cosmetics ini, dia dan suami iaitu pelakon Aeril Zafrel sudah banyak kali ditawarkan untuk menjadi penaja oleh beberapa stesen televisyen lain.

    Namun ketika itu Wawa belum bersedia selain menganggap tawaran kali ini sebagai satu rezeki yang datang tepat pada waktunya.

    Wawa juga menjadi artis pertama bertindak sebagai penaja program sebegini yang mana sebelumnya banyak dimonopoli oleh usahawan kosmetik.

    Dia juga berharap dengan kerjasama kali ini dapat memberi satu impak besar terhadap program berkenaan selain perniagaan miliknya. – Agensi

    Wawa dan Aeril Zafrel anggap bertindak sebagai penaja juga merupakan satu taruhan. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    -