Sunday, May 19, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Aeril Zafrel tidak terfikir menduakan isteri

    Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel menyifatkan isterinya, Wawa Zainal sebagai wanita sempurna di matanya.

    Kata Aeril atau Suhairil Sunari, 36, dia bersyukur dikurniakan teman hidup seperti Wawa dan tidak akan sesekali merosakkan kebahagiaan mereka dengan berlaku curang.

    Jika terdapat unsur-unsur tidak baik datang kepadanya, Aeril memberitahu dia sentiasa akan membayangkan isteri dan anak-anak mereka sebelum melakukan sesuatu.

    “Wawa sudah cukup cantik di mata saya. Saya tak pernah ada niat untuk ada orang ketiga dalam hidup saya.

    “Kalau ada ‘bisikan’ tidak baik saya akan ingat pada isteri dan anak-anak.

    Aeril sentiasa fikir anak-anak jika ada ‘bisikan’ jahat. – Agensi

    “Nak cakap wujud atau tidak cubaan orang ketiga, saya tak boleh jawab sebab kalau orang suka kita dalam diam, manalah kita nak tahu kan?

    “Cumanya kalau kita tak melayan, perkara itu tak akan terjadi,” katanya kepada mStar.

    Aeril menjawab perkara itu ketika ditemui sewaktu Majlis Rumah Terbuka Wawa Nostalgia Raya yang diadakan di Wawa Cosmetics HQ, Bangi, Selangor, baru-baru ini.

    Dalam pada itu, Aeril tidak mahu menghancurkan kebahagiaan yang dibina kerana percaya kifarah itu wujud.

    Katanya, jika sekali sudah terbabit dalam sesuatu perkara tidak baik, pastinya sukar untuk berpatah balik dan jika ingin menyesal juga sudah tidak berguna. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...