Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Webinar kursus pasca perkahwinan 20 Disember ini

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 DIS – Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga,
    Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama akan mengadakan webinar Kursus Pasca Perkahwinan selama dua hari pada 20 hingga 21 Disember secara dalam talian.

    Webinar tersebut akan membentangkan kertas kerja perdana bertajuk ‘Demi Cintaku Padamu’ yang disampaikan oleh penceramah motivasi, Haji Ali Yusri bin Haji Ghafor dan juga beberapa orang pembentang kertas kerja dari Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga dan lain-lain.

    Pendaftaran bagi mengikuti kursus ini adalah percuma dan adalah terhad kepada 25 pasangan sahaja serta sudah berkahwin tiga tahun ke atas. Sijil penyertaan akandiedarkan melalui e-mail kepada peserta yang hadir.

    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama di talian 2241267 pada waktu pejabat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda