Wednesday, June 26, 2024
33.9 C
Brunei

    -

    Weghorst bantu Belanda menang saat akhir

    HAMBURG, 16 JUN – Penyerang Belanda, Wout Weghorst gemar mencipta kesan besar sebagai pemain simpanan dan beliau melakukannya sekali lagi dalam kemenangan 2-1 ke atas Poland di Kejohanan Eropah hari ini.

    Penyerang berbadan besar itu mencipta gol melalui sepakan rendah kaki kiri pada minit ke-83 dengan sentuhan pertamanya selepas menggantikan Memphis Depay yang gagal memanfaatkan beberapa peluang rembatan.

    Kemenangan lewat ini memberikan tekanan kepada pasukan pilihan Kumpulan D, Perancis, yang sudah menewaskan Belanda dua kali dalam kelayakan tahun lalu dan akan berdepan Austria esok.

    Poland terpaksa bermain tanpa bintangnya yang cedera, Robert Lewandowski tetapi tidak lama kemudian mendapat gol daripada penggantinya yang berpengalaman dalam Major League Soccer.

    Adam Buksa menggunakan ketinggian 1.91 meter beliau ketika dikelilingi oleh empat pemain pertahanan Belanda pada minit ke-16 untuk membimbing tandukan ke gawang. Buksa bermain dengan cemerlang selama lebih 2 tahun bersama New England Revolution sehingga 2022.

    Cody Gakpo menyamakan kedudukan pada minit ke-29 dengan rembatan yang ditepis dan memperdayakan penjaga gol Wojciech Szczesny. Ia merupakan ganjaran yang adil untuk persembahan bertenaga Belanda dalam separuh masa pertama. – AP

    Reaksi Weghorst meraikan gol kedua pasukannya semasa perlawanan Kumpulan D antara Poland dan Belanda di Hamburg, Jerman, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kelahiran Korea Selatan kembali pulih pada bulan April

    SEOUL, 26 JUN - Kelahiran di Korea Selatan kembali pulih dalam tempoh 19 bulan di tengah-tengah kebimbangan yang berlarutan mengenai penurunan berterusan dalam jumlah...