JOHANNESBURG, 29 JUN – Jutaan penduduk bakal mengalami kelaparan disebabkan pandemik koronavirus, kata Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP) hari ini tatkala ia melancarkan rayuan meminta AS$5 bilion untuk membantu memberi makan kepada penduduk di negara miskin dan berpendapatan sederhana.
“Usaha barisan depan dalam pertempuran memerangi koronavirus telah beralih dari dunia kaya kepada dunia miskin,” kata David Beasley, pengarah eksekutif WFP.
“Sehingga hari kami mempunyai vaksin virus, makanan ialah vaksin terbaik ke atas huru-hara.”
Belau berkata tanpa akses kepada makanan yang cukup, dunia mungkin melihat ‘pergolakan dan bantahan sosial yang meningkat, pertambahan dalam penghijrahan, konflik lebih teruk serta pemakanan kurang nutrisi di kalangan penduduk yang sebelum ini imun daripada kelaparan.”
Untuk mengatasi kelaparan, WFP melancarkan respons kemanusiaan terbesar dalam sejarah, bertujuan membantu 138 juta penduduk, me-ningkat daripada rekod 97 juta sebelumnya pada 2019. – AP