BEIRUT, 26 Feb – Pekerja-pekerja penyelamat dari kumpulan ‘White Helmets’ Syria, dokumentari yang dicalonkan bagi menerima Oscar tidak akan menghadiri acara Academy Awards kerana pengeboman rejim dan pasport yang ditolak.
Raed Saleh dan ahli White Helmets, Khaled Khatib bersedia untuk menghadiri majlis hari ini di Hollywood, di mana “The White Helmets” disenaraikan bagi dokumentari pendek terbaik.
“Selepas tiga hari berada di lapangan terbang, tidak dibenarkan untuk membuat perjalanan ke oscar 2017, memiliki visa AS, tetapi pasport tidak diterima. Menyedihkan, tetapi tugasan penting dilakukan di sini,” jelas Khatib semalam dari Istanbul.
Jurucakap Kastam dan Perlindungan Sempadan AS, Michael Friel berkata bahawa “individu-individu itu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah untuk membuat perjalanan ke AS,” yang enggan untuk mengulas lebih lanjut.
Sebelumnya, Saleh memberitahu AFP dia tidak akan pergi kerana tugasan yang banyak “kerana serangan rejim ke atas wilayah-wilayah Damsyik, Daraa dan Homs.”
“Terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan, seperti menguruskan operasi dan memberikan kenderaan-kenderaan kecemasan,” tambahnya.
Khatib, yang banyak membuat penggambaran itu, mendapatkan visa AS tetapi memetik alasan yang sama lebih awal kerana tidak membuat perjalanan.
“Saya tidak akan pergi ke OSCAR kerana tugasan, keutamaan kami adalah membantu rakyat kami,” jelasnya dalam bahasa Inggeris.
“Saya akan berlepas pada Selasa, tetapi terlalu banyak tugasan kerana pengeboman,” Khatib memberitahu AFP menerusi telefon.
“Saya juga menghasilkan satu lagi filem mengenai White Helmet yang perlu disiapkan dalam tempoh dua minggu. Saya tidak akan pergi.”
Kedua penyelamat itu takut mereka mungkin akan dihalang dari menghadiri acara itu kerana arahan eksekutif lewat Januari lalu dari Presiden AS, Donald Trump yang mengenakan larangan masuk selama 90 hari bagi rakyuat dari tujuh negara majoriti Islam, termasuk Syria.
Larangan itu ditarik balik oleh mahkamah persekutuan AS, dan pada 18 Februari keduanya menerima visa mereka – AFP