Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Woods gagal lakar kemenangan di PNC

    MIAMI, 20 DIS – Tiger Woods terlepas peluang melakar kemenangan ketika kembali semula dalam saingan kompetitif apabila gagal membenam birdie pada pusingan terakhir di Kejohanan PNC Florida.

    Woods, beraksi di kejohanan pertama sejak mengalami kecederaan akibat kemalangan kereta 10 bulan lalu, melakukan 11 birdie berturut-turut bersama anaknya 12 tahun, Charlie untuk mencatatkan 15 di bawah par 57 dan menamatkan saingan 25 di bawah par pada kejohanan dua pusingan di padang Golf Ritz Carlton di Orlando.

    Bagaimanapun gandingan Woods itu hampir melakukan birdie ke-12 di lubang ke-18 par lima dan hanya melakukan par, terlepas peluang untuk memberi tekanan kepada juara dunia dua kali John Daly yang beraksi bersama anaknya John Daly II.

    Pasangan Daly akhirnya menutup saingan dengan birdie untuk menyamai rekod pusingan kedua Woods dengan 57 pukulan dan menamatkan saingan dengan 27 bawah par justeru meraih kemenangan dengan kelebihan dua pukulan.

    Woods yang hampir memotong kaki kanannya yang patah selepas kemalangan kereta di Los Angeles pada Februari berkata, dia sangat bersyukur dapat bermain semula.

    “Saya sangat gembira dan bersyukur kerana dapat melakukannya di sini.

    “Saya masih mempunyai kaki saya sendiri yang sebelum ini menjadi persoalan dan ia masih berfungsi.

    “Saya hanya benar-benar letih. Saya tidak biasa dengan ini.

    “Saya fikir ini mungkin hanya pusingan keempat atau kelima saya tahun ini. Saya sedikit letih. Seronok kerana dapat kembali.” – AFP

    Tiger Woods dan anak Charlie Woods meraikan pukulan birdie di lubang ke-12 semasa pusingan akhir Kejohanan PNC di Kelab Golf Ritz Carlton di Orlando, Florida pada 19 Disember 2021. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda