Wednesday, February 5, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Woods gembira kembali ke Kejohanan PNC

    MIAMI, 19 DIS – Tiger Woods dilihat tersenyum selepas berjaya kembali dalam saingan kompetitif kelmarin, berganding bahu dengan anaknya Charlie untuk membenam 10 bawah par 62 pada Kejohanan PNC keluarga di Florida.

    Woods kembali beraksi buat pertama kali sejak mengalami kecederaan yang mengancam kerjaya dalam kemalangan Februari lalu di California, mempamerkan gaya pukulan lamanya namun jelas kelihatan kurang kekuatan dan pukulannya tidak begitu jauh.

    Pemain golf berusia 45 tahun itu menggunakan kereta untuk membantu membawanya bergerak sekitar padang golf Ritz Carlton.

    Dia kemudiannya mengakui kekuatan fizikal amat mencabar dan pada satu ketika kelihatan Woods mengerutkan dahi. “Ia mengecewakan apabila saya tidak memukul bola sejauh yang saya tahu saya boleh lakukan dan pukulan tidak mencapai hasil yang saya mahukan,” kata Woods kepada pemberita, berkata dia hanya melakukan ‘tiga pukulan bagus’.

    “Ia amat meletihkan, ia adalah hari yang perlahan. Jika saya mahu bersaing pada peringkat Jelajah, saya perlu mendapatkan semula ketahanan dan memukul beribu-ribu bola golf. Ia memerlukan masa.”

    Woods, yang enggan meletakkan jadual waktu kembali ke golf Kejohanan peringkat Jelajah PGA sepenuhnya, berkata keadaan fizikalnya masih belum pulih sepenuhnya. – AFP

    Aksi Tiger Woods melakukan pukulan di lubang ke-16 semasa pusingan pertama Kejohanan PNC kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda