Saturday, January 18, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Woods, Mickelson anjur kejohanan

    NEW YORK, 2 APRIL – Tiger Woods dan Phil Mickelson dalam perbincangan untuk mengadakan kejohanan golf amal bagi meraih sumbangan bantuan menangani koronavirus yang akan disertai pemain bintang NFL, Tom Brady dan Peyton Manning, menurut beberapa laporan kelmarin.

    Golf.com dan CNBC melaporkan perlawanan 18 lubang, yang masih menunggu kebenaran daripada pegawai US PGA Tour, yang akan dimainkan dan dimaikan oleh dua orang dalam satu pasukan dengan setiap bintang golf akan disertai oleh pemain legenda quaterback NFL.

    Mickelson menewaskan Woods pada tahun 2018 dalam perlawanan satu lawan satu untuk merebut $9 juta pada kejohanan dalam siaran berbayar yang berlangsung di Las Vegas.

    Sekuel dua lawan dua, yang dijangkakan akan dimainkan pada bulan Mei, akan menjadi kejohanan yang jarang berlaku pada masa sukan di seluruh dunia telah dibatalkan disebabkan oleh virus.

    CNBC melaporkan pemenang kejohanan utama 15 kali, Woods, pemenang kejohanan Masters, akan berpasangan dengan Manning, 44 tahun, pemenang dua kali Super Bowl, menentang pmain golf kidal berusia 49 tahun, Mickelson, pemenang sebanyak lima kali kejohanan utama dan Brady yang memenangi rekod enam Super Bowl dalam 20 musim bersama New England Patriots.

    Woods dan Mickelson dalam perbincangan untuk mengadakan kejohanan golf amal bagi meraih sumbangan menangani koronavirus yang akan disertai sama oleh pemain bintang NFL, Tom Brady dan Peyton Manning. – AFP

    Brady, 42 tahun, menandatangani perjanjian dengan pasukan NFL, Tampa Bay Buccaneers bulan lalu.

    Golf.com berkata pasangan belum ditentukan tetapi Manning dan Woods bermain bersama dalam pro-am tahun lalu di kejohanan Memorial.

    Kejohanan itu akan berlangsung di padang golf tanpa penonton, hanya sebilangan kecil krew televisyen, dan setiap empat bintang sukan akan mengikut garis pandu penjarakkan sosial, dengan Golf.com berkata ia akan berlangsung di Florida tanpa menyebutkan secara spesifik lokasinya.

    Golf.com turut melaporkan bahawa Woods menjadi lebih berminat dalam mengambil bahagian di tengah-tengah pandemik virus. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda