Wednesday, September 25, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    WTO tubuh panel pakar siasat subsidi EV AS

    GENEVA, 24 SEPT – Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) bersetuju untuk menubuhkan panel pakar untuk menyiasat subsidi kenderaan elektrik (EV) Amerika Syarikat (AS), susulan aduan yang difailkan oleh China yang menuduh Washington mengamalkan persaingan tidak adil.

    Langkah itu diambil selepas Beijing mendakwa bahawa Akta Pengurangan Inflasi (IRA) AS telah memperkenalkan dasar subsidi yang bersifat diskriminasi terhadap kenderaan tenaga baharu, termasuk kenderaan elektrik dan hibrid, yang menjejaskan syarikat-syarikat China.

    Namun, AS menafikan tuduhan tersebut dengan menyatakan bahawa China cuba mengalihkan perhatian daripada dasar dan amalan bukan pasaran yang dilaksanakan oleh negara itu, yang dikatakan menjejaskan sistem perdagangan global yang adil, kompetitif dan saling menguntungkan.

    Dalam aduan yang dikemukakan kepada WTO pada Mac lalu, China mendakwa bahawa langkah subsidi yang diperkenalkan AS pada 2022 melalui IRA bertujuan untuk menyokong syarikat-syarikat tempatan dalam sektor peralihan tenaga dan pengeluaran kenderaan elektrik di AS.

    AS mempertahankan tindakan itu sebagai langkah penting untuk menangani krisis iklim serta melabur dalam daya saing ekonomi negara, sambil menegaskan bahawa ia juga bertujuan menyaingi subsidi besar-besaran yang diberikan oleh China kepada industri hijau dan kenderaan elektrik di negara tersebut.

    China berulang kali menafikan bahawa dasar industrinya tidak adil dan telah mengancam untuk mengambil tindakan balas bagi melindungi kepentingan syarikat-syarikat tempatan. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda