Saturday, December 14, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wujudkan mesin kitar semula tawar ganjaran tunai

    Seperti yang kita ketahui, pembuangan plastik merata-rata adalah ancaman kepada kebersihan negara kita.

    Tambahan lagi, plastik boleh mencemarkan alam kerana bahan-bahannya yang tidak mudah terurai. Sampah seperti ini seharusnya dikitar semula untuk mengurangkan pencemaran alam dan memerlukan kerjasama daripada pengguna.

    Baru-baru ini, saya terbaca dalam media sosial bahawa negara lain ada menawarkan ganjaran berupa wang tunai kepada pengguna yang ingin membuang sampah yang boleh dikitar semula.

    Lebih menarik lagi urusan kitar semula dilakukan oleh mesin yang dipanggil recycling reverse vending machine (RRVM) yang beroperasi seperti mesin layan diri.

    Dengan cara ini, pengguna hanya datang terus ke mesin dan masukkan bahan buangan seperti botol, kotak minuman yang boleh dikitar semula dan mesin akan berikan kod QR untuk urusan serahan wang ke akaun pengguna tersebut.

    Idea mudah dan praktikal seperti ini harus dijadikan contoh di negara kita untuk menggalakkan sikap kitar semula dan berpotensi dijadikan sumber pendapatan sampingan.

    Saya berharap pihak berkenaan boleh mempertimbangkan idea ini untuk menggalakkan kempen kitar semula sekali gus menyelamatkan alam sekitar.

    Aman Matusin

    Gambar fail 21 Jun 2022 menunjukkan orang awam memasukkan barangan kitar semula ke dalam mesin di Kuala Lumpur. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda