SAN FRANCISCO, 15 NOV – Presiden China Xi Jinping tiba di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) pada 14 November waktu tempatan dengan menaiki pesawat khas.
Xi akan menyertai Pertemuan Pemimpin China-AS dan menghadiri Mesyuarat Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-30 atas undangan Presiden AS Joe Biden.
Ketibaan Presiden Xi di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco disambut oleh Gabenor California Gavin Newsom, Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen dan wakil-wakil AS.
Turut kelihatan komuniti dan penuntut China yang menetap di AS berada di tepi jalan dari lapangan terbang ke hotel penginapan Xi sambil mengibarkan bendera China dan AS sebagai menyambut ketibaan Presiden Xi. – Bernama