Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Xi, Starmer kukuh hubungan dua hala

    RIO DE JANEIRO, 18 NOV – Presiden China, Xi Jinping, mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, hari ini, di Sidang Kemuncak G20 di Rio de Janeiro, Brazil, menurut laporan penyiar rasmi China, CCTV.

    ertemuan itu merupakan perbincangan dua hala pertama antara pemimpin kedua-dua negara sejak Xi mengadakan rundingan dengan Theresa May pada Februari 2018.

    Menurut agensi berita PA Media, Starmer menyatakan, “hubungan kukuh antara United Kingdom (UK) dan China penting untuk kedua-dua negara,” semasa pertemuan dengan Xi.

    Hubungan antara China dan UK sebelum ini tegang akibat pertikaian mengenai tuduhan pengintipan, isu hak asasi manusia serta kawalan ketat Beijing terhadap bekas tanah jajahan Britain, Hong Kong.

    Bagaimanapun, kedua-dua negara kekal sebagai rakan dagangan utama dan merupakan anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

    Pertemuan itu berlangsung ketika pemimpin G20 berhimpun di Brazil untuk membincangkan isu global termasuk memerangi kemiskinan, meningkatkan pembiayaan iklim dan topik lain yang menjadi keprihatinan bersama. – AFP

    Starmer (kiri), berjabat tangan dengan Xi, sebelum pertemuan dua hala mereka di Hotel Sheraton, semasa Sidang Kemuncak G20 di Rio de Janeiro, Brazil, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda