Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Yakin terhadap prinsip tersendiri

    ULASAN SIRI TV OLEH RUZAINI HJ DAUD

     

    POPULARITI sebuah novel terbitan Munhakdongne Publishing Group berjudul Miss Hammurabi karya seorang ketua hakim di Mahkamah Daerah Timur Seoul, Moon Yoo-seok pada tahun 2015 telah menarik minat JTBC untuk menerbitkannya ke dalam bentuk sebuah drama.

    Kisah novel yang pernah diterbitkan secara bersiri dalam akhbar The Hankyoreh itu diarahkan oleh Kwak Jung-Hwan yang pernah mengarahkan beberapa buah drama seperti The K2 dan Local Hero.

    Siri drama Miss Hammurabi ini juga menggandingkan L atau Kim Myung dari kumpulan Infinite dan Go Ara sebagai teraju utama yang sebelum ini turut pernah digandingkan dalam beberapa buah drama lain seperti Reply 1994 dan Hwarang: The Poet Warrior Youth.

    Selain itu, siri drama ini turut menampilkan lakonan hebat Sung Dong-il, Ryo Deok-hwan, Lee Elijah dan ramai lagi.

    Pada dasarnya, siri ini menumpukan kepada kisah sekumpulan hakim yang melalui kehidupan penuh cabaran untuk melaksanakan pelbagai tugasan penuh cabaran di mahkamah.

    Miss Hammurabi menggandingkan L Infinite atau Kim Myung-soo dan Go Ara sebagai teraju utama.

    Park Cha O Reum lakonan Go Ara merupakan seorang hakim yang baru dilantik di dalam sebuah mahkamah bagi menghakimi sebarang kes jenayah yang dibicarakan di hadapannya.

    Di usia mudanya, wanita itu adalah seorang yang memiliki pendirian yang tersendiri serta tidak gemar untuk mengikut apa sahaja kata orang lain dan dia harus memberi keputusan secara idealistik tanpa dipengaruhi oleh pendapat orang lain.

    Berbeza pula dengan Im Ba-Reum lakonan L Infinite yang merupakan seorang hakim elit yang tetap berpegang teguh dengan prinsip dan undang-undang yang telah digubalkan secara rasmi.

    Lalu, bagaimanakah kedua-dua hakim yang memiliki pendirian berbeza ini bekerja dan adakah tidak wujud sebarang pertelingkahan berikutan daripada perbezaan pendapat di antara satu dengan yang lain.

    Maka, untuk mengetahui kisah drama yang sangat menarik dan menghiburkan ini jangan terlepas untuk terus menonton siri drama Miss Hammurabi sehingga ke penghujungnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda