Sunday, December 22, 2024
21.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    YEAB buka ruang kongsi pengalaman perniagaan kreatif

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 NOV – Persatuan Usahawan Muda Brunei (YEAB) mengadakan acara YEAB OpenChat yang dihadiri oleh lapan wakil daripada syarikat-syarikat iaitu SynapseBN Sdn Bhd, Olfaction Lab, Senimerge, Karyani Enterprise, Weddingloka dan Surlie Enterprise, yang berlangsung di Prysm Markerting Agency, Madang pada 16 November lalu.

    Menurut kenyataan oleh YEAB, di sini, menyatakan sesi informal dan interaktif berkenaan, membolehkan para peserta berbincang secara terbuka serta berkongsi pengalaman, cabaran dan amalan dalam menjalankan perniagaan kreatif.

    Semasa sesi berkenaan, para peserta membincangkan mengenai strategi promosi dan pelanggan, menambah nilai untuk klien, membina hubungan klien, menangani dinamik pasukan dan perkongsian klien, penumpuan kepada kekuatan dan outsourcing, strategi pemasaran dan kandungan serta aktiviti menyeronokkan dan sinergi pasukan.

    Sesi berkenaan diakhiri dengan sesi rangkaian di mana ia memberikan peluang kepada mereka yang hadir untuk bertukar-tukar pendapat serta menjalin hubungan.

    Siri OpenChat YEAB akan terus menyediakan sebuah ruang bagi dialog terbuka berhubung cabaran-cabaran dan peluang-peluang bagi industri khusus, menyokong pertumbuhan usahawan di Brunei.

    GAMBAR- GAMBAR SERAHAN YEAB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda