Wednesday, September 25, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zaki Yamani pilih universiti swasta

    Penyanyi Zaki Yamani mendedahkan ada menerima tawaran menyambung pengajian ke sebuah universiti awam namun terpaksa menolak peluang berkenaan, kongsi mStar.

    Kata Zaki atau Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 18, dia mempunyai sebab tersendiri memilih untuk melanjutkan pelajaran di universiti swasta.

    “Siapa kata saya tak dapat UiTM, saya dapat saja tawaran itu. Alhamdulillah.

    “Tapi saya tetap memilih MSU atas sebab-sebab tertentu. Cuma saya ada alasan tersendiri,” katanya menerusi hantaran di InstaStory, kelmarin.

    Zaki menjelaskan perkara itu dengan memuat naik surat tawaran yang diterima daripada Universiti Tekonologi Mara (UiTM).

    Dalam pada itu, menurut perkongsian mStar, Zaki turut memberitahu bapanya iaitu penyanyi Datuk Jamal Abdillah bahawa tidak semua perkara harus dikongsi kepada umum.

    Chill Baba (panggilan Jamal), tak semua benda kita kena beritahu orang,” ujarnya.

    Sebelum ini, Zaki mendedahkan sanggup berhabis RM40,000 bagi memenuhi hasratnya meneruskan pengajian di peringkat diploma di sebuah universiti swasta.

    Kenyataan itu menimbulkan spekulasi ramai sehingga ada yang mendakwa Jamal mengabaikan pelajaran anaknya.

    Tampil mengulas hal berkenaan, Jamal memberitahu dia bersedia membiayai pembelajaran Zaki meskipun anaknya berkeras untuk membayar sendiri yuran pengajian. – Agensi

    Zaki terpaksa menolak tawaran tersebut atas sebab tertentu. – Kosmo
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda