Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zaquan bagi amaran jangan sibuk rumah tangga orang

    Pemain bola sepak, Zaquan Adha hilang sabar apabila seorang pengikut media sosial mengaitkan ibunya iaitu Azizah Arshad dengan kontroversi rumah tangga melibatkan pasangan kembarnya, Aidil Zafuan.

    Dalam hal ini, Zaquan atau Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak, 37, memohon orang luar menghormati privasi keluarga mereka dan tidak perlu melibatkan orang tuanya dalam isu membabitkan Aidil sebelum ini.

    “Boleh tak kau tolong hormat privasi orang. Tak tahu apa-apa jangan sibuk masuk campur.

    Jaga rumah tangga kau saja sudah.

    “Aku memang pantang kalau libatkan mak aku. Kalau nak nasihat atau bercakap biarlah beradab dan berbudi bahasa,” katanya yang dikongsi mStar.

    Zaquan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya, kelmarin.

    Dalam perkongsian yang dibuat, Zaquan turut memuat naik paparan skrin mesej yang diterima oleh seorang individu yang meminta ibunya untuk berjumpa anak-anak Aidil hasil perkahwinan dengan bekas isteri iaitu pelakon Rita Rudaini.

    Kata wanita berkenaan, dia kasihan melihat Rita yang sudah sekian lama memendam rasa atas kemelut rumah tangga yang dilaluinya. – Agensi

    Zaquan hilang sabar apabila warganet mengaitkan ibunya dengan isu peribadi. – flashsukan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda