Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zelensky akan berucap di Kongres AS

    WASHINGTON, 14 MAC – Presiden Ukraine akan menyampaikan ucapan secara maya kepada kongres pada Rabu ketika ahli perundangan berusaha untuk meningkatkan tekanan ke atas Rumah Putih untuk mengambil pendirian tegas berhubung serangan Rusia.

    Rayuan itu muncul semasa kedua-dua pihak melancarkan pusingan rundingan baharu di tengah-tengah serangan maut di bandar Kyiv, hampir tiga minggu selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin mengarahkan serangan.

    “Kami mengalu-alukan ucapan Presiden (Volodymyr) Zelensky di Dewan dan Senat untuk menunjukkan sokongan kami kepada penduduk Ukraine ketika mereka dengan berani mempertahankan demokrasi,” kata pemimpin Dewan, Nancy Pelosi dan rakan Senatnya, Chuck Schumer dalam surat bersama kepada ahli perundangan.

    Anthony Rota, Speaker Canadian House of Commons, berkata Zelensky juga akan memberi ucapan kepada ahli perundangan di Ottawa, esok.

    Rayuan Zelensky bagi bantuan untuk mempertahankan negaranya dari serangan maut Rusia semakin bertambah terdesak, dan beliau berulang kali menggesa Washington, Kesatuan Eropah dan NATO untuk bantuan kelengkapan tentera.

    Berpakaian baju tentera hijau dan duduk dekat bendera Ukraine, Zelensky bercakap kepada ahli perundangan dari parti-parti Republikan dan Demokratik AS pada 5 Mac menerusi sidang video bagi penghantaran pesawat buatan Rusia.

    Poland telah menghantar jet pejuang MiG-29 Soviet ke Ukraine menerusi pangkalan udara AS di Jerman.

    Sementara itu Rumah Putih – bimbang langkah itu boleh meningkatkan ketegangan dengan Rusia – telah menolak cadangan tersebut, mengatakan ia menimbulkan ‘kebimbangan serius’ bagi seluruh perikatan NATO. – AFP

    Sebuah bangunan musnah selepas roket Rusia menghentam bandar kedua Ukraine, Kharkiv pada 13 Mac. Presiden Ukraine akan menyampaikan ucapan secara maya pada Kongres Rabu ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda