Wednesday, September 25, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zoo Finland kembalikan panda gergasi kerana masalah kewangan

    HELSINKI, 24 SEPT – Zoo Ahtari Finland kelmarin mengumumkan bahawa dua panda gergasi yang tinggal di zoo itu akan dihantar pulang ke China akhir tahun ini, lapor Xinhua.

    Panda-panda itu telah tinggal di zoo berkenaan sejak 2018, sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelidikan selama 15 tahun untuk pemuliharaan spesies.

    Namun, zoo terbabit berdepan masalah kewangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menurut laporan media tempatan.

    Pengerusi lembaga pengarah zoo, Risto Sivonen berkata bahawa sumber kewangan mereka tidak mencukupi untuk terus menyokong program pemuliharaan unik ini.

    Pihak zoo turut menyatakan hasrat untuk menjalankan penstrukturan semula hutang pada Isnin.

    Ahtari terletak di barat tengah Finland dan zoo itu merupakan tarikan utama bandar kecil berkenaan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda