Saturday, January 4, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zverev cedera, Rybakina singkir juara bertahan Jerman

    PERTH, 1 JAN – Pemain tenis Kazakhstan, Elena Rybakina, menyingkirkan juara bertahan dari Jerman dalam kejohanan Piala United hari ini, manakala pemain nombor dua dunia Alexander Zverev diketepikan akibat kecederaan lengan hanya seminggu lagi menjelang Terbuka Australia.

    Kekalahan pasukan Jerman di Perth telah menghantar pasukan Kazakhstan ke separuh akhir kejohanan 18 negara itu.

    Manakala di Sydney, pemain nombor dua dunia, Iga Swiatek, mendahului Poland ke peringkat lapan terakhir dengan memenangi perlawanan ulangan final Terbuka Perancis 2023 menentang pemain Republik Czech, Karolina Muchova.

    Rybakina di ranking keenam memperoleh mata pertama untuk Kazakhstan, dengan juara Wimbledon 2022 itu menewaskan Laura Siegemund 6-3, 6-1.

    Zverev kemudian menarik diri daripada pertembungan menentang Alexander Shevchenko pada minit akhir dengan akibat kecederaan, menjadikan pemain ranking ke-254, Daniel Masur, untuk berdepan dengannya.

    Dia memberikan pertarungan yang berani, tetapi Shevchenko terlalu kuat, mengukuhkan kedudukan 6-7 (5/7), 6-2, 6-2 walaupun tamat masa kecederaan pada set kedua.

    “Saya menghadapi masalah dalam keadaan panas ini, ia sangat sukar,” kata pemain nombor 78 dunia itu, yang menewaskan Stefanos Tsitsipas dalam perlawanan kumpulan Isnin lalu.

    “Saya sakit kepala dan pening. Tetapi saya mahu menang perlawanan ini,” katanya lagi. – AFP

    Aksi Rybakina mengembalikan bola kepada Laura Siegemund dari Jerman semasa perlawanan tenis Piala United di Perth, Australia pada 1 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda