Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    18 keluarga, 10 pelajar di Sukang terima bantuan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 APRIL – Indera Motors Sdn Bhd, kelmarin, telah bekerjasama dengan Persatuan Kereta Tahan Lasak Brunei (PKTLB) dan Society for Community Outreach and Training (SCOT) untuk mengagihkan bekalan makanan dan keperluan sekolah kepada keluarga dan pelajar yang kurang bernasib baik di kawasan pedalaman Mukim Sukang, Belait.

    Sebanyak 18 buah keluarga dan seramai 10 orang pelajar menerima sumbangan berkenaan yang telah disampaikan oleh Pengurus Besar Indera Motors, Alfred Yong dan Pengurus Jualan, Zen Thea kepada presiden PKTLB.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Indera Motors, kakitangan syarikat berkenaan di samping ahli-ahli PKTLB dan SCOT telah pergi ke lokasi terpencil Sukang menggunakan Land Rover Defender dan Discovery, dua kenderaan yang dibangunkan bagi pemanduan di luar jalan raya dan merentasi permukaan yang sukar.

    Kenyataan menjelaskan, penyertaan syarikat berkenaan dalam kempen amal tersebut adalah sebahagian daripada misi tanggungjawab sosial korporat, yang bertujuan untuk memberikan impak berpanjangan dan positif kepada masyarakat dengan menangani isu-isu berkaitan masyarakat di mana mereka beroperasi termasuk memperbaiki kesejahteraan komuniti yang kurang bernasib baik.

    Rombongan menyampaikan sumbangan keperluan sekolah kepada pelajar di Mukim Sukang.
    Rombongan Indera Motors, PKTLB dan SCOT pergi ke kawasan pedalaman Mukim Sukang untuk menyampaikan sumbangan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda