OTTAWA, 1 JULAI – Masyarakat peribumi di Kanada semalam berkata bahawa 182 lagi kubur yang tidak bertanda ditemui di sebuah sekolah ketiga kaum peribumi, susulan dua penemuan serupa sebelum ini yang membabitkan ratusan pengebumian.
The Lower Kootenay Band dalam satu kenyataan berkata, pakar menggunakan pemetaan radar untuk mengesan kubur murid sekolah yang dipercayai berusia tujuh hingga 15 tahun di bekas tapak St Eugene’s Mission School dekat Cranbrook, British Columbia.
Ia susulan penemuan mayat 215 kanak-kanak di kubur tanpa tanda di bekas Kamloops Indian Residential School di British Columbia pada Mei lalu dan 751 lagi kubur tanpa tanda di sekolah lain di Marieval, Saskatchewan minggu lalu. – AFP
