
Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Okt – Seramai 31 orang nelayan asing ditahan oleh pihak berkuasa kerana didapati menjalankan kegiatan menangkap ikan secara haram di perairan negara.
Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan berkata, Kapal Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) KDB DARUSSALAM yang sedang membuat rondaan telah menemui dua lagi kapal nelayan asing sedang menjalankan kegiatan penangkapan ikan secara haram di perairan negara.
“Kapal nelayan asing yang pertama ditemui pada malam 30 September lalu manakala kapal nelayan asing yang kedua ditemui semasa KDB DARUSSALAM dalam perjalanan balik menuju ke Teluk Brunei pada pagi semalam (1 Oktober).
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn