Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 maut helikopter terhempas

    WASHINGTON, 16 FEB – Sebuah helikopter Black Hawk terhempas di lebuh raya di negeri Alabama, Amerika Syarikat (AS) kelmarin yang mengorbankan dua anggota Pengawal Kebangsaan Tennessee.

    Helikopter UH-60 Black Hawk itu terhempas pada 3 petang waktu tempatan semasa menjalani latihan penerbangan berhampiran Lebuhraya 53 dan Burwell Road di Huntsville, menurut agensi Anadolu.

    “Kami sedih atas kehilangan dua Pengawal Kebangsaan Tennessee dan doa kami bersama keluarga mereka…,” kata Adjutan Jeneral Tennessee, Brigedier Jeneral Warner Ros dalam satu kenyataan. – Bernama

    Pegawai penguatkuasa undang-undang bekerja di lokasi helikopter Black Hawk terhempas di Harvest, Alabama pada 15 Februari 2023.- AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda