Wednesday, May 15, 2024
24 C
Brunei

    -

    3 kluster pendidikan direkod di Sabah

    KOTA KINABALU, 27 JAN – Tiga kluster COVID-19 membabitkan institusi pendidikan direkodkan di Sabah hari ini menjadikan keseluruhan 10 kluster kategori itu dicatatkan di negeri itu sejak minggu lepas, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun.

    Jurucakap berkaitan COVID-19 di Sabah itu berkata tiga kluster institusi pendidikan yang dikesan hari ini adalah Kluster Jalan Terusan di Lahad Datu melibatkan 10 kes, Kluster Jalan Kiulu di Tuaran (15 kes) dan Kluster Puri Seberang Keningau di Keningau (19 kes).

    Beliau berkata Kluster Jalan Terusan melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Terusan, Kluster Jalan Kiulu melibatkan SMK Tun Fuad manakala Kluster Puri Seberang Keningau membabitkan SMK Keningau 1. 

    “Semua pelajar yang positif dikategorikan sebagai bergejala ringan kategori 1 dan 2, dan telah diasingkan serta diberikan rawatan selanjutnya,” menurut beliau dalam kenyataan malam ini. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hospital di India terima ancaman bom

    NEW DELHI, 14 MEI – Beberapa buah hospital di Ibu Kota India, Delhi hari ini menerima panggilan ancaman bom, memaksa pihak pentadbiran untuk menghubungi...