Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    3 maut, 6 hilang dalam letupan pangsapuri

    ROM, 12 DIS – Tiga terkorban manakala enam hilang selepas kejadian letupan yang telah memusnahkan pangsapuri empat tingkat di kepulauan Itali di Sicily, kata pihak berkuasa semalam.

    Dua wanita ditemui selamat di bawah runtuhan di bandar selatan Ravanusa pada malam Sabtu, sementara pasukan penyelamat dan anjing pencari masih lagi melakukan pencarian untuk mengesan mangsa hilang.

    Bilangan mangsa korban akibat bencana tersebut telah ditukar menjelang pagi, dan unit perlindungan tempatan Sicily mengesahkan pada 10:07 waktu tempatan hari ini dalam laman sosial Facebook bahawa tiga orang telah disahkan terkorban dan bukan empat, sebagaimana yang mereka telah laporkan pada awalnya.

    Imej-imej yang disiarkan dalam kaca televisyen menunjukkan runtuhan besar, bumbung kayu dan besi remuk di tempat luas yang kosong di pusat Ravanusa, dan kerosakan pada bangunan lain di kawasan sekitarnya.

    Tidak jelas berapa jumlah bangunan yang telah runtuh dalam letupan itu.

    Laporan awal hanya memetik sebuah pangsapuri tetapi unit perlindungan awam Sicily menyatakan dalam laman sesawang “empat buah bangunan telah terjejas” dalam insiden itu.

    Laporan berita tempatan menyatakan sebanyak 10 buah bangunan telah terjejas. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda