Sunday, January 19, 2025
30.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    3 warga asing buang sampah dikompaun

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JAN – Tiga warga asing telah dikenakan denda kompaun oleh Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Brunei dan Muara kelmarin kerana didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian.

    Md Rabbi Islam didapati melakukan kesalahan Bab 12 (1) (a) dan dikenakan denda kompaun sebanyak $100, Sutrisno didapati melakukan kesalahan Bab 12 (1) (e) dikenakan denda $300 dan Sami Selvam Maryadoss didapati melakukan kesalahan Bab 12 (1) (a) dan dikenakan denda kompaun $300.

    Jika gagal melunaskan denda, kes akan dibawa ke mahkamah di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian iaitu jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman tidak melebihi $9,000 bagi individu atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Pihak Jabatan juga ingin memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai pembuangan sampah yang menyalahi undang-undang dengan menyertakan alamat lokasi berserta gambar-gambar melalui pesanan whatsapp 8321581.

      – GAMBAR SERAHAN JDBM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda