Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    31 warga MPC, MIFL jalani Kursus Marsyal Bomba

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OGOS – Seramai 31 orang pegawai dan kakitangan Syarikat Pelabuhan Muara (MPC) dan Muara International Fish Landing Sdn Bhd (MIFL) telah mengikuti kursus Marsyal Bomba yang berjalan selama tiga hari pada 8 hingga 10 Ogos lalu, di MPC, Muara.

    Kursus yang dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi ‘A’ Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) itu mendedahkan peserta mengenai pentingnya keselamatan kebakaran secara teori dan praktikal serta menjalankan latihan praktikal inhouse firedrill bagi MPC dan MIFL.

    Selain itu, para peserta juga dijelaskan mengenai sebab dan punca berlakunya kebakaran; mengetahui tindakan apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan membuat latihan pengosongan bangunan secara bersistematik; tatacara penggunaan alat-alat pemadam api dan selimut api dengan cara yang betul; dan tatacara untuk menyelamatkan diri daripada terperangkap di dalam bangunan bila berlakunya kebakaran.

    Warga MPC dan MIFL mendengarkan penjelasan mengenai tatacara menggunakan alat pemadam kebakaran. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda