Thursday, March 20, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    321 pelajar hadiri taklimat kenegaraan

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan Jabatan Penerangan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JULAI – Seramai 321 murid dari Pra hingga Tahun 6 Sekolah Rendah Dato Basir telah menghadiri Taklimat Kenegaraan Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Komunikasi Strategik di Dewan Mutiara, sekolah berkenaan.

    Turut hadir pada taklimat ialah guru besar sekolah, Hajah Sarinah binti Haji Ahmad dan guru-guru sekolah berkenaan.

    Taklimat yang disampaikan oleh Ketua Unit Kenegaraan, Jabatan Penerangan, Hajah Noorhijrah binti Haji Idris, antara lain menyentuh raja kita, tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan sejarah lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam ‘Allah Peliharakan Sultan’ dengan terperinci.

    Selain mendengar program taklimat, murid-murid sekolah juga berpeluang ikut serta dalam sesi kuiz kenegaraan.

    Program tersebut diungkayahkan sebagai salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai dan menanamkan rasa cinta dan taat setia kepada raja, agama, bangsa dan negara.

    Di samping itu, ini juga dihasratkan untuk mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam kalangan murid sekolah.

    Salah seorang pelajar menjawab soalan semasa sesi kuiz yang diadakan di Dewan Mutiara, Sekolah Rendah Dato Basir.
    Antara pelajar yang hadir semasa taklimat berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda