Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    48,000 pekerja akademik universiti mogok

    LOS ANGELES, 15 NOV – Puluhan ribu pekerja akademik di 10 kampus Universiti California melancar mogok hari ini, menuntut gaji dan faedah lebih baik dalam apa yang dikatakan pemimpin kesatuan mungkin mogok terbesar yang dianjurkan universiti terkenal itu.

    Kesatuan yang mewakili kira-kira 48,000 pembantu guru, penyelidik, sarjana kedoktoran, tutor dan pelajar berkata majoriti anggota hadir di barisan piket mulai 8 pagi. Mereka menuntut kenaikan gaji dan subsidi penjagaan anak untuk menyara hidup di bandar seperti Los Angeles, San Diego dan Berkeley, di mana kos perumahan semakin meningkat.

    Mogok mengancam menjejas pembelajaran dalam kelas dan makmal di seluruh sistem universiti negara beberapa minggu sebelum peperiksaan akhir dijadual diadakan pada Disember. Beberapa pengajar telah pun memberitahu pelajar bahawa kelas akan ditangguh untuk tempoh yang tidak pasti.

    Pertubuhan dari Pekerja Kereta Bersatu, yang mewakili pekerja terbabit, berkata mereka tidak menetapkan tarikh bila mogok akan berakhir.

    “Mogok akan berakhir apabila universiti menamatkan amalan pekerja yang tidak adil dan memulakan tawar-menawar,” kata Neal Sweeney, presiden UAW, mewakili kira-kira 12,000 penyelidik akademik.

    Universiti berkenaan telah menawarkan kenaikan gaji sebanyak 5 peratus dalam tahun pertama dan 3 peratus selepas itu, tetapi pekerja berkata ia tidak mencukupi. – AP

    Orang ramai mengambil bahagian dalam bantahan di luar kampus Universiti California Los Angeles di Los Angeles pada 14 November 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...