Sunday, March 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    493 masih jalani pengasingan diri

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OGOS – Kes COVID-19 di negara ini kekal seramai 141 orang dengan tiada jangkitan baharu dicatatkan setakat 12 tengah hari ini dan 493 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, menyatakan bahawa seramai 3,803 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

    Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 69 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 40,912 ujian.

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi healthinfo.gov.bn.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda