Friday, September 20, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    52 terima sumbangan PPHT

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 APRIL – Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah meneruskan usaha dalam mengimarahkan lagi bulan suci Ramadan melalui Program Infak Ramadan 4.0 2024.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh UNISSA, di sini, majlis itu merupakan aktiviti sosial dan kebajikan yang dilaksanakan oleh PPHT pada setiap bulan Ramadan.

    Hadir bagi menyempurnakan penyerahan sumbangan kepada para penerima ialah Pengarah PPHT, Pengiran Dr Hajah Norkhairiah binti Pengiran Haji Hashim.

    Pada 2024, PPHT berjaya mengumpulkan sumbangan hasil kutipan daripada warga PPHT di mana ia disumbangkan kepada 52 orang penerima terdiri daripada anak yatim dan golongan yang memerlukan dalam kalangan pelajar PPHT.

    Turut menerima sumbangan ialah pembersih, buruh kasar dan pengawal keselamatan di UNISSA, Kampus Sinaut.

    Sumbangan itu diharapkan dapat memberikan sokongan kepada penerima-penerima di samping berbagi rezeki dan berkongsi kebahagiaan dan juga kegembiraan.

    Di samping itu, ia dihasratkan untuk membudayakan sifat pemedulian dalam menjaga kebajikan warga PPHT yang memerlukan.

    Pengiran Dr Hajah Norkhairiah semasa menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima. – GAMBAR SERAHAN UNISSA
    Pengiran Dr Hajah Norkhairiah bergambar ramai bersama warga UNISSA yang hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN UNISSA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda