Saturday, October 26, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aaron Taylor-Johnson ganti Daniel Craig dalam filem James Bond?

    Daniel Craig memutuskan untuk bersara sebagai James Bond selepas menamatkan lakonannya dalam filem No Time To Die. Dalam filem No Time To Die, James Bond diberitahu untuk dibunuh di pulau terpencil selepas dijangkiti dengan senjata biologi.

    Kematian Bond, menurut Daniel, adalah cara yang betul untuk meninggalkan francais filem yang berjaya sejak 1962.

    Kini, muncul nama Aaron Taylor-Johnson sebagai pengganti Daniel Craig untuk memegang watak James Bond. Berita itu datang selepas pelakon berusia 32 tahun itu bertemu Barbara Broccoli, penerbit filem James Bond.

    Pertemuan itu adalah bagi membincangkan watak yang bakal dilakonkannya pada masa hadapan. Aaron juga telah melakukan ujian skrin.

    “Aaron melakukan ujian skrin untuk menjadi Bond seterusnya pada September 2022 dan penerbit Barbara sangat menyukainya,” kata sumber yang dilaporkan The Sun.

    Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sama ada Aaron akan meneruskan Daniel Craig sebagai ejen 007. Lebih-lebih lagi sebelum ini terdapat beberapa pelakon lain yang turut diramalkan akan membintangi James Bond seperti Tom Hardy, James Norton hingga Idris Elba.

    Sebelum ini, penerbit James Bond mengakui sedang mencari pelakon muda untuk meneruskan francais itu. Mereka bercadang untuk membuat kontrak tiga filem bersama pelakon yang disasarkan berusia 30an itu.

    “Khabar angin terbaharu dan terdapat banyak pihak dalam perkara ini yang benar, ialah produksi sedang mencari James Bond muda. Mungkin seseorang dalam lingkungan 30an. Akhirnya mereka mahu mempunyai seorang pelakon memainkan James Bond untuk tiga filem, untuk francais, jadi mereka mahu mencari seseorang yang boleh membawa filem ini seperti Daniel Craig. – Agensi

    Aaron Taylor-Johnson muncul sebagai pengganti Daniel Craig untuk memegang watak James Bond. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda