Friday, February 7, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    ABDB sertai Istiadat Pertabalan Raja Charles III

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 APRIL – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) akan menyertai upacara perarakan sempena Istiadat Pertabalan Raja Charles III yang akan diadakan di London, United Kingdom (UK) pada 6 Mei depan.

    Kementerian Pertahanan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, menyatakan bahawa delegasi ABDB terdiri daripada 10 orang anggota daripada unit-unit angkatan tentera ABDB yang diketuai oleh Penasihat Akademik di Akademi Pertahanan ABDB, Mejar (U) Wan Muhammad Azem bin Haji Mohd Aminuddin.

    Delegasi berkenaan akan menyertai 30 angkatan tentera dari negara-negara Komanwel yang juga dijemput untuk mengambil bahagian dalam istiadat yang bersejarah itu.

    Istiadat Pertabalan Raja Charles III diadakan 70 tahun selepas pertabalan bonda Baginda, Ratu Elizabeth II pada 2 Jun 1953.

    Istiadat berkenaan akan diadakan di Westminster Abbey di mana Raja Charles III akan ditabalkan menjadi Raja United Kingdom ke-62.

    Mejar (U) Wan Muhammad Azem bergambar ramai bersama ahli-ahli delegasi ABDB yang lain. – Gambar serahan Kementerian Pertahanan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda